Skuad Ping Pong SKPP Juara!

Posted by | Posted in , , , | Posted on 12:07 AM

Oleh : Muhamad Noor Awang Yahya
25 Februari 2010

Setelah bertungkus lumus membuat persediaan kurang dari seminggu, akhirnya usaha yang dilakukan membuahkan hasil apa bila kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan berjaya merangkul kejuaraan dalam kejohanan Ping Pong bawah 12 tahun peringkat daerah Pitas yang diadakan pada 25 Februari (hari ini)  di SMK Pekan Pitas II.

Kejohanan tersebut menyaksikan pertembungan 4 penjuru bagi pasukan lelaki dan 3 penjuru bagi pasukan perempuan. 

Pasukan lelaki berjaya ke perlawanan akhir apabila berjaya menumpaskan pasukan SK Pekan Pitas 3-0 melalui 2 pertembungan single dan 1 bergu dan bertemu pasukan SK Kusilad yang mengalahkan pasukan SK Pekan II.

Pertemuan di peringkat akhir agak mencemaskan apabila pasukan bergu lelaki yang diwakili oleh adik Khairil/ Jamaluddin Aqil tewas 2-1 di tangan pasukan bergu SK Kusilad. Sebelum itu, perseorangan lelaki Khairil berjaya menumpaskan perseorangan pasukan lawan dengan straight-set. Perseorangan kedua Tino Krisno akhirnya melangkapkan kemenangan apabila menumpaskan perseorangan kedua pasukan lawan juga dalam straight-set.

Sebelum itu, laluan bagi pasukan perempuan agak mudah apabila mendapat bye dalam undian menentukan perlawanan kerana hanya tiga pasukan yang bertanding iaitu, SK Kusilad, SK Pinggan-Pinggan dan SK Pekan II. Pasukan SKPP menentang pasukan yang menang di antara Pasukan SK Pekan II dan SK Kusilad di peringkat akhir. SK Kusilad telah menumpaskan pasukan SK Pekan II dalam pertemuan tersebut.

Dalam perlawanan akhir tersebut perseorangan utama, adik Dg Melina tewas ditangan perseorangan utama SK Kusilad. Pertemuan peseorangan kedua, adik Siti Norfazilah menceriakan penyokong SKPP apabila berjaya menewaskan persorangan kedua SK Kusilad dengan straight set. Seterusnya pasukan bergu perempuan SKPP yang diwakili oleh adik Norshaffiqa/Jurainah agak mencemaskan apabila tewas di set kedua setelah menang di set pertama. Mereka kemudiannya berjaya mengawal perlawanan dengan kemenangan yang bergaya di set terakhir yang membawa kepada kejuaraan pasukan perempuan.

Tahniah kepada pasukan Ping Pong sekolah dan terima kasih kepada jurulatih import - Cikgu Wilter dan Encik Taufik yang banyak membantu pasukan ping pong sekolah.

Pinggan-Pinggan Boleh!

Skuad Ping Pong : Kami Bersedia!

Posted by | Posted in , , , | Posted on 11:07 PM

22 Februari - "Kami dah sedia!" Begitulah semangat yang ditunjukkan oleh atlit-atlit skuad Ping Pong SKPP yang telah hampir pasti akan menggalas cabaran Kejohanan Ping-Pong MSSM Peringkat Daerah Pitas 2010 nanti.

Seramai lapan orang atlit telah disenaraikan oleh Ketua Jurulatih sekolah Cikgu Wilter Jaipin. Berikut ialah senarai terkini skuad ping pong SKPP:

1. Nurshaffiqa Masrin
2. Mohd Suhairi Akis
3. Jamaluddin Aqil Abd Rahman
4. Khairil Bin Anwar
5. Tino Krisno Dollah
6. Jurainah Kayapis
7. Dg Melina Datu Roslan
8. Siti Norfazilah

Sewaktu sesi latihan dan pemilihan yang dilakukan pagi tadi, masing-masing menunjukkan keupayaan yang agak meyakinkan, terutama skuad lelaki. 
Kami dah bersedia!

Pengurus pasukan amat positif senarai atlit dalam skuad kali ini mampu membawa pulang kilauan pingat.

Bravo SK Pinggan-Pinggan!

Selamat Berjuang Skuad Ping Pong!

Posted by | Posted in , , | Posted on 11:47 PM


Skuad Ping Pong sekolah yang dijangka akan diwakili oleh lapan orang pelajar akan berjuang untuk membawa cabaran sekolah di Kejohanan Ping Pong MSSM Peringkat Daerah Pitas 2010 yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas II pada 24 Februari ini. 

Jurulatih pasukan, Cikgu Wilter Jaipin akan membuat pemilihan akhir senarai atlit yang terlibat pada Isnin ini.  Menurut Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Cikgu Haladin Atat, beliau amat yakin skuad mampu memberikan memperoleh kilauan emas di kejohanan tersebut. Pengurus pasukan kali ini ialah cikgu Md Noor Awang Yahya.

Selamat berjuang diucapkan kepada skuad ping pong sekolah.


Kem Bestari Solat Siri 1 2010

Posted by | Posted in , , | Posted on 9:11 PM

20 Feb - Panitia Pendidikan Islam dan J-QAF telah berjaya melaksanakan Program Kem Bestari Solat kali pertama untuk tahun ini. Program ini disertai oleh lebih 100 orang pelajar tahap dua Sekolah Kebangsaan Pinggan-Pinggan Pitas.

Program kali ini dikendalikan oleh beberapa orang ustaz dan ustazah yang mengajar di sekolah ini. Antaranya ialah Ustaz Mohd Zakri Mezah, Ustaz Mahisan Aswadi Ahamed, Ustaz Khasful Anuar Che Man, Ustaz Fadzrul Hazri Md Noor, Ustazah Salmah Yahya, Ustazah Jusniah Madissal dan  Ustazah Haninahtul Kuyong. Mereka juga dibantu oleh beberapa orang guru dan kakitangan iaitu Cikgu Noor Azmira Shafii, Cikgu Hasiah, Encik Taufiq Romli, Encik Hafiz (SMK Pinggan-Pinggan, Pitas) dan Cikgu Mohd Rashidi (SK Sahabat, Pitas).

Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi tersebut diharapkan dapat memberikan kefahaman ilmu dan dapat diaplikasikan di rumah. Semoga program yang baik seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan yang terlibat.


Selamat Datang Ke Laman Blog SKPP

Posted by | Posted on 9:14 AM




Selamat Datang Ke Laman Blog SK Pinggan-Pinggan Pitas. Blog ini adalah laman pengganti kepada laman web utama skpinggan-pinggan(dot)com dan skpinggan-pinggan(dot)net yang sudah tidak dapat diakses kerana masalah teknikal.

Pihak sekolah sedang berusaha untuk mendapatkan semula salah satu domain tersebut. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.