Skuad Ping Pong SKPP Juara!

Posted by | Posted in , , , | Posted on 12:07 AM

Oleh : Muhamad Noor Awang Yahya
25 Februari 2010

Setelah bertungkus lumus membuat persediaan kurang dari seminggu, akhirnya usaha yang dilakukan membuahkan hasil apa bila kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan berjaya merangkul kejuaraan dalam kejohanan Ping Pong bawah 12 tahun peringkat daerah Pitas yang diadakan pada 25 Februari (hari ini)  di SMK Pekan Pitas II.

Kejohanan tersebut menyaksikan pertembungan 4 penjuru bagi pasukan lelaki dan 3 penjuru bagi pasukan perempuan. 

Pasukan lelaki berjaya ke perlawanan akhir apabila berjaya menumpaskan pasukan SK Pekan Pitas 3-0 melalui 2 pertembungan single dan 1 bergu dan bertemu pasukan SK Kusilad yang mengalahkan pasukan SK Pekan II.

Pertemuan di peringkat akhir agak mencemaskan apabila pasukan bergu lelaki yang diwakili oleh adik Khairil/ Jamaluddin Aqil tewas 2-1 di tangan pasukan bergu SK Kusilad. Sebelum itu, perseorangan lelaki Khairil berjaya menumpaskan perseorangan pasukan lawan dengan straight-set. Perseorangan kedua Tino Krisno akhirnya melangkapkan kemenangan apabila menumpaskan perseorangan kedua pasukan lawan juga dalam straight-set.

Sebelum itu, laluan bagi pasukan perempuan agak mudah apabila mendapat bye dalam undian menentukan perlawanan kerana hanya tiga pasukan yang bertanding iaitu, SK Kusilad, SK Pinggan-Pinggan dan SK Pekan II. Pasukan SKPP menentang pasukan yang menang di antara Pasukan SK Pekan II dan SK Kusilad di peringkat akhir. SK Kusilad telah menumpaskan pasukan SK Pekan II dalam pertemuan tersebut.

Dalam perlawanan akhir tersebut perseorangan utama, adik Dg Melina tewas ditangan perseorangan utama SK Kusilad. Pertemuan peseorangan kedua, adik Siti Norfazilah menceriakan penyokong SKPP apabila berjaya menewaskan persorangan kedua SK Kusilad dengan straight set. Seterusnya pasukan bergu perempuan SKPP yang diwakili oleh adik Norshaffiqa/Jurainah agak mencemaskan apabila tewas di set kedua setelah menang di set pertama. Mereka kemudiannya berjaya mengawal perlawanan dengan kemenangan yang bergaya di set terakhir yang membawa kepada kejuaraan pasukan perempuan.

Tahniah kepada pasukan Ping Pong sekolah dan terima kasih kepada jurulatih import - Cikgu Wilter dan Encik Taufik yang banyak membantu pasukan ping pong sekolah.

Pinggan-Pinggan Boleh!

Comments (0)