MSSM Zon 1 Pitas: Galeri

Posted by | Posted in , | Posted on 10:25 PM

Sila klik pada imej untuk gambar yang lebih jelas.

 

MSSM Zon 1 Pitas: We Are The Champions

Posted by | Posted in , , | Posted on 9:38 PM

Oleh : Muhamad Noor Awg Yahya
4 Mac 2010


MSSM Zon 1 Pitas 2010 di SKESDA adalah lombong emas SKPP apabila menepati ramalan menggondol 5 lagi pingat emas dan satu perak pada hari penutup kejohanan  pada hari ini.

Lima pingat emas disumbangkan melalui acara 100 M Lelaki ( adik Nor Faizal), 200 M Perempuan ( adik Nafsiah ), 4 X 100 M Lelaki (Faizal, Rafig, Roslan, Hafizudin), 4 X 200 M Lelaki ( Faizal, Rafig, Roslan, Kaim), dan  4 X 200 Perempuan ( Nafsiah, Ira Farhana, Amirah, Masrinah). Sebelum itu skuad 4 X 100 Perempuan hanya menduduki tempat kedua setelah salah seorang pelari terjatuh. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada skuad 4 X 100 M Perempuan tersebut berjaya memintas beberapa orang pelari dari pasukan lain untuk berada di tempat kedua. Adik Nor Faizal dan Nafsiah dipilih menjadi olahragawan dan olahragawati kejohanan kali ini.
Nor Faizal dan Nafsiah

YB Datuk Bolkiah Hj Ismail, ADUN N3 Bengkoka merangkap Pembantu Menteri Pelancongan Sabah menyempurnakan majlis perasmian pembukaan kejohanan. Manakala majlis penutupan disempurnakan oleh Encik Juri Abd Sunny, Penyelia Ko Kurikulum Daerah Pitas.

Kejayaan pada temasya kali ini adalah pencapaian terbaik skuad SKPP setelah menggondol 8 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa keseluruhan. Untuk rekod, pencapaian terbaik SKPP di kejohanan peringkat zon sebelum ini adalah pada tahun 1993 yang berjaya membawa pulang 7 pingat emas. Pujian harus diberikan kepada atlit-atlit SKPP 2010 di bawah bimbingan Cikgu Mohd Ridzhan Tompipi Abdullah yang mempunyai komitmen, kesungguhan dan disiplin yang baik sepanjang latihan selama hampir 2 bulan.

SK Pinggan-Pinggan Boleh!

MSSM Zon 1 Pitas: SKPP melombong emas.

Posted by | Posted in , , | Posted on 9:04 PM

Oleh : Muhamad Noor Awang Yahya


3 Mac - Skuad SKPP meraih 3 emas, 2 perak dan 1 gangsa di hari pertama kejohanan MSSM Zon 1 Pitas 2010 yang sedang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Salimpodon Darat (SKESDA).

Kilauan emas pertama disumbangkan oleh adik Amirah Najla'a melalui acara lompat tinggi bawah 12 Tahun perempuan. Sebelum itu, sebutir pingat perak telah diraih oleh Napsiah dalam acara Lompat Jauh Perempuan 12 Tahun.

Emas kedua diperolehi melalui acara Lompat Tinggi Lelaki 12 Tahun oleh adik Faizal. Manakala satu lagi pingat emas diperolehi dalam acara 80 M perpagar Lelaki 12 Tahun oleh adik Mohd Roslan. Adik Mohd Roslan juga berjaya memperolehi sebutir pingat perak dalam acara Lompat Jauh Lelaki 12 Tahun.

Pingat gangsa diperolehi adik Nur Hanis Shamin dalam acara 80 M berpagar Perempuan 12 Tahun. Walaubagaimanapun harapan memungut pingat emas untuk acara tersebut terlepas apabila seorang lagi pelari, adik Ira Farhana terjatuh kurang 5 meter sebelum garisan penamat setelah mendahului peserta lain.

Skuad SKPP akan kembali berjuang di hari kedua untuk beberapa acara-acara akhir 100 M Lelaki dan Perempuan, 4 X 100 M Lelaki dan Perempuan dan  4 X 200 M Lelaki dan Perempuan. 

Tahniah kepada skuad SKPP.

 

 

MSSM Zon 1 Pitas : Nantikan Kami!

Posted by | Posted in , , , | Posted on 7:46 AM

Skuad MSSM Zon 1 Pitas dijangka akan beraksi memberi saingan pada kejohanan MSSM Zon 1 Daerah Pitas. Seramai 19 orang atlit akan menyertai kejohanan tahunan tersebut yang dijadualkan di Sekolah Kebangsaan Salimpodon Darat (SKESDA) mulai pada 3 haribulan ini.

Ketua Jurulatih, Cikgu Ridzhan Abdullah positif skuad bimbingannya akan memberikan saingan sengit kepada pasukan sekolah lain pada kejohanan tersebut.

Semoga berjaya.